Sunday, June 1, 2008

naK KonGsi sKet bLeh???

ummm sebenarnya dalam inbox emel aku banyak benda yang tak terbaca, tadi dah sambil2 baca emel2 yang tak terbaca tu terbaca la jugak emel2 yang bagi diri yang dikata orang rendah ini ( meskipun memiliki ketinggian 170cm, hoho) best lah untuk kita kongsi bersama... jom kita tengok jom!!


1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangka n lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak GEMUK. ummm patut pun aku tak gemuk, tapi setakat ni rasa macam 14 tahun sekali je wat gitu, huhu....

2. Rasulullah s.a.w mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit). aii ni kena wat ni kan, aku pun asyik sakit jerawat akhir2 ni, huhu.....

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa).Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan. oooo tapi pokoknya kena la semayang subuh dulu ye, ni tak subuh versi ayah gajah, pastu confirm lompat atas katil terus kan?kan? aiii insaf lah... (mcm ckp kat diri sendiri je rase, huhu..)

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama ayam. Di khuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandung ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita. aiii ni payah ni, mak masak kat rumah bukan ayam saja, ikan, ketam, sotong, karipap, udang galah yang besar amat, n sebagainya, kan? takpe lah, kita sama2 try la ye.... ( tapi aku kena campur jugak dengan budu rasenye, huhu...)


5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan kanan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari,



iaitu 10 kali ganda daripada yang terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) jilat jari tu, malu tak bertempat betol lah, ish apa nak jadi ni...ish3

p/s: ai mcm panjang plak, tukar tajuk lah, "nak kongsi banyak bleh???" huhu.. anyway sama2 doa lah moga2 hidup kita ni tak terkeluar daripada apa yang dah digariskan syara' kan, aaamiiiiinnnn

(^_^)

assAlamuaLaiKum semua.....

sebenarnya saya ialah seorang yang tak reti nak menulis, tapi ada jugak lah tergerak hati nak "menerai" or dalam erti kata lain, nak mencuba lah sikit2... so harapnya kawan2 sumer boleh lah tolong dan bantu saya dalam mana saya nak try menulis dengan elok skit, moga2 tak lagi kena pulas telinga kat cikgu pasal tak pandai buat karangan, insyaAllah... ok pepehal pun, salam perkenalan 4 da good ukhuwwah among us... tq.. alhamdulillah syukur dah dapat tulis satu, ai ok lah tu kan? harap kalu yang ni pun tak kena, tolong maafkan n tolong le perbetulkan ye, tq sekali lagi=) assalamualaikum