Friday, May 9, 2008

gameboy oh gameboy

"Ma, mana gameboy ore ah?" gumamku kat ibu tersayang.



kata2 itu tersembul keluar dari mulutku nan mulus ini(heheh) dek ketidaksetujuan abah menghadiahkanku gameboy yang kukira berhak untuk kuterimanya.


"gapo dio namo?gameboy?mugo gapo namo rima tu Min?, tak reti eh Ma", tukas ibuku menjawab persoalan pedas yang ku ajukan sebentar tadi.




sebenarnya perbualan itu tercetus ekoran ketidakpuashatian hatiku kerna abah tidak seperti abah si mamat itu pada hematku, kenapa tidak, abah mamat tu siap awal2 lagi beli gameboy bile anak dia sorang tu boleh nombor 10 dalam kelas, tapi aku? apa yang abah bagi?aiskrim paddle pop 70 sen kedai Mok We?Ish mana aci..........yang teruk lagi, aku ni boleh nombor satu, mana mungkin aiskrim je abah........



"Meney hok biso tu lah Ma, sain ore abah dio beli, padahal buleh nombor 10....eeee mana buleh abah tok beli ko ore..."



tadi baru tengok muka abah yang sedih tu, tapi aku buat donno (don't know) je..abah kata " eysh mugo tu mahal tu Min, abah nak ambik mana gak duit banyak kan main, pade la aiskrim tu, nati abah beli coklat hok sedap pulok deh..." ek eleh, ada ke nak bagi coklat pulak, orang nak gameboy la, baru le ada class, boleh le aku tayang kat bebudak tu, sesuai dengan nombor satuku ini, huhu....



"ish budak ni, bukan mahal ke tu? mana la abah nak beli, cekak nak beli dengan daun kayu?" Ma meneruskan hujahnya.



"aahhh, kan ore buleh nombor satu, cekak nak gameboy pun takleh, pah mana aci Ma...." ah aku balas punya.



"amiiiinnnn......" Ma tensyen.



"ok aloh berat ar gitu gak, padahal ore buleh nombor satu doh.." terdetik sedikit sedih tengok Ma tensyen, er tapi gameboy tetap gameboy.



"ok2, lo ni Ma nak tanya dulu, Amin maye dok Subuh?" Ma susun taktik alternatifnya.



"dok" jawab selamba je.



"Zohor?" tambah Ma.



"dok jugok" lagi selamba
"Asar?Ngoreik?Iso?" fuh bertubi-tubi.



"ok aloh ore nok gameboy ni Ma...." aku pulak tensyen gini ni.



"ok, kalu Amin nak gameboy, Amin maye dulu sume hok kena maye tu, pah abih maye, doa, mitok nga Allah nak gameboy, jange dok mitok nga Abah, Abah nok ambik mano gak mugo duit tige pat ratus..." Ma menyimpulkan katanya.



"haahh......mitok nga Allah??pah nok buleh kok mane?" eysh mana mungkin Ma.



"kalu Amin mitok sokmo gak, nati Allah nak wi la mugo tu tu, Allah pun wi duit ko Abah, pah Abah gi la beli ko Amin..." Ma jawab.



"eh iyo ko Ma?" huuhuu



Ma senyummmmm...............



itu lah antara apa yang terjadi kepada diriku, inginkan sesuatu yang secara rasionalnya yang dapat aku fikirkan setelah 'tuo ghedo' ni agak mustahil untuk Abah tunaikan berdasarkan aspek gajinya. namun apa pun, setelah itu aku terus solat semolek mungkin (menurut pemikiran seorang budak darjah satu lah) untuk mendapatkan gameboy itu (ai kalu lah semayang kita semua sekarang ni nak dapatkan sesuatu macam tu daripada Allah tak ubah le macam budak drjh satu kan? ish2), teringat lagi setiap kali nak solat, adik nan sorang tu ku ajak, kenapa? ni dia sebabnya "weh Iti, cepat la nak maye Zohor skali ni, pah Abah nak wi gameboy mun tau..." dan semestinya selepas itu kedengaran suara takbir yang bergema di rumah atap nan nostalgic tu,





hehe tak lain tak bukan agar Abah kesayangan dengar n perasan anaknya ni dah semayang, dah buat apa yang Abah n Ma suruh buat,huhu.....




tapi walau apa pun, sejarah hidup 20 tahun ni dah pun membuktikan realiti sebenarnya yang mana gameboy yang ku damba-dambakan tu tak dapat direalisasikan untuk digenggam oleh tangan yang pernah memegang kura-kura dan ikan haruan ini, sampai la ke hari ini....jadi, mana perginya kata2 Ma dulu yang kata Allah nak bagi duit kat Abah, buat beli gameboy?



hehe jangan risau Ma, jangan worry Abah, saya dah dapat jawapannya....


sesungguhnya hidup yang semakin lama semakin mematangkan kita kan? sekarang ni dau yang setiap apa yang berlaku itu ada hikmah di sebaliknya...mungkin kalau betul Abah belikan gameboy itu, aku tak akan berada kat UIA hari ni, aku tak dapat result UPSR, PMR, SPM, n termasuk jugak ujian2 bulanan,ataupun migguan, ataupun pop2 quiz,or even markah kerja2 rumah sebagaimana yang ku dah dapat sebelum ni( homework asyik dapat bintang tu dengan Cikgu Mahani dulu tu,hehe)...mungkin jugak aku ini dah jadi game addicted or even worse, addicted benda2 tah apa2 yang lain hasil kesinambungn game addicted time kecik, nauzubillahi min zalik.... dalam juzu' dua, Allah sebut " wa'asa an takrahu shai'an fahuwa khairul lakum wa'asa an tuhibbu syai'an fahuwa sharrul lakum, wa Allahu ya'lamu wa antum la ta'lamun" apa yan kita benci,mungkin sebenarnya baik n vice versa, seseungguhnya Allah tahu apa yang kamu tak tahu...........


apa pun, aku yakin tindakan Ma itu secara tak langsung dah merangsangkan semangatku nak sembahyang dan menetapkan keyakinan kat Allah dalam mengharapkan pertolongan dan tunjuk ajarNya dalam apa jua yang berlaku dalam hidupku (er hidup sahabat2 yang baca jugak lah ye maknanya)...dan untuk doa yang aku sentiasa panjatkan bersama adik kesayangan dulu tu kuyakin akan diambil kira oleh Allah juga, hadith Nabi ada sebut yang mana maksudnya lebih kurang macam ni


"janganlah kamu sangka yang bilamana doa mu tidak kesampaian Allah tidak mengabulkannya, sesungguhnya Allah yang menentukan sesuatu dan Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buatmu.."


huhu, tambh pulak cerita dalam Quran kan, pasal Nabi Musa dengan Nabi Harun yang sebut


" qod ujiibat da'watukuma fastaqiima wala tattabi'aannni sabilal lazina la ya'lamun",


ceritanya doa diorang Allah dah kabulkan (dalam menentang Firaun) tapi kemaharajalelaan Firaun itu hanya dimusnahkan selepas 40 TAHUN nabi berdoa... huhu aku ni sape nak gameboy cepat2?


sesungguhnya Allah tahu kenapa Firaun dimusnahkan selepas tempoh itu dan sesungguhnya Allah tahu akan apa yang terbaik buatku....... siapa tahu, suatu hari nanti di dalam syurga, di bawah pohon nan rendang, aku disapa seorang mamat pemilik gameboy yang satu itu, lalu dia bertanya kepadaku "wat gapo tu Min?" "ho mun mat, takdok eh, dok main gameboy ni ah.." hehe who knows right?? kan?kan?


semoga Allah masukkan kita ke dalam golongn makhluk yang diredhai-Nya untuk dimuatkan ke dalam syurga..aaamiiinnnn...........







p/s: sama2 ye kita berdoa untuk kebahagiaan kita dunia dan akhirat, n harapnya jangan sekali2 kita putus harapan dengan Allah, Allah sayang kita semua, aamiiinn....

No comments:

(^_^)

assAlamuaLaiKum semua.....

sebenarnya saya ialah seorang yang tak reti nak menulis, tapi ada jugak lah tergerak hati nak "menerai" or dalam erti kata lain, nak mencuba lah sikit2... so harapnya kawan2 sumer boleh lah tolong dan bantu saya dalam mana saya nak try menulis dengan elok skit, moga2 tak lagi kena pulas telinga kat cikgu pasal tak pandai buat karangan, insyaAllah... ok pepehal pun, salam perkenalan 4 da good ukhuwwah among us... tq.. alhamdulillah syukur dah dapat tulis satu, ai ok lah tu kan? harap kalu yang ni pun tak kena, tolong maafkan n tolong le perbetulkan ye, tq sekali lagi=) assalamualaikum