Saturday, July 11, 2009

selamat kembali Amin!!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


Alhamdulillah...tak tau camne hari ni terbukak hati pulak nak klik bukak blog ( er sbenanye blog saya sndiri ni ) ni ni... rasa macam baru saja dilahirkan smalam, mcm baru jah tubik n satni doktor dok 'pok' atah blakang nak suruh jerit, baru bangun dari tido n baruuu jah kaba, lalu saya pun berkata dengan penuh slamba " eh, ada blog rupenye..." hehehehe..


ai kadang2 tu malu jugak dulu, doh bukak2 ore dok ngomen, " ai bilo nak nulis ni, karat ramat doh jadi blog ni" (er sbenanye tu ayat saya sendiri ye)


apapun saya pernah mencuba sbenanye, dah banyak dah draft dlm post ni, tapi tu la stakat jadi draft je la.. so skang ni ingat nak try wat satu revolusi baru kat diri sendiri lah, polisi baru 'skali taip, trus post, meskipun udoh'...


jadi yang kali ni, terima je lah ye kengkawan smua, heheh kadang2 tu baru perasan dah lama tak menulis ni memeang le paaayaah sangat nak menulis jadinye.. proof? nak tulis sampai sini ni pun dah dekat sejam dah menaip, haha ai dah la kakiku berpatella gaya baru, tangan pulak incompetent plak nak menaip...


apa pun, harapnya setiap kali menulis ni biar la ada sesuatu yg bleh dikongsi dgn kengkawan smua kan? ok so for now i delightly would like to highlight my previous experience during such a wonderful holidays recently to share with you...

ummm jap, tak tau nak start gane ni, aii gane eh? um panjang pengalaman ni sebenanye, sape nak baca panjang2.. umm ol lah, cite konklusi lah dulu, lagipun dah nak masuk kelas plak pasni..


anyway snang criter, bagi saya sendiri lah, bbbaaanyyaakkk sangat2 ujian yang Allah 'test'kan untuk saya sepanjang cuti akhir tahun 1 baru ni, stat daripada beberapa jam samapai kat umah ssaaammpai la balik sini balik ( UIA Kuantan maksud saya) 3 minggu lepas tu..

ada kawan saya baru ni tanya " camne ye ko rasa?" n saya jawab kat dia " rasa taknak jawab"... um macam tu lah jugak kat sini, macam malas nak bercerita pasal rasa la skang ni, ye lah macam orang ramai2 yg kena musibah lah kan, sedih, kecewa, pilu, 'sakit', n macam2 yang seumpamanya lagi.. but the thing is, yang saya nak kongsi lah.. apa yang saya dapat tau, baru perasan, hayati kesan daripada semua yang berlaku... saya dapati satu kata2 yang sangat indah daripada Imam Ghazali yg lebih kurang gini la dia kata.. " Hasil daripada sesuatu musibah itu sebenarnya bergantung kepada kita sendiri untuk menentukannya, andai kita kufur maka Allah janjikan dosa (dah la sedih, bleh dosa plak tu lagi! lagi sedih) , namun andai kita redha maka Allah janjikan buat kita ganjaran pahala dari sisiNya dan juga Ganti untuk seemuuaaa yang hilang dari kita denagn YANG LEBIH BAIK" ......

Allah, kuatkanlah hatiku dan sahabat2ku dalam menerima ketentuanMu, amiinnnn...

Sunday, June 1, 2008

naK KonGsi sKet bLeh???

ummm sebenarnya dalam inbox emel aku banyak benda yang tak terbaca, tadi dah sambil2 baca emel2 yang tak terbaca tu terbaca la jugak emel2 yang bagi diri yang dikata orang rendah ini ( meskipun memiliki ketinggian 170cm, hoho) best lah untuk kita kongsi bersama... jom kita tengok jom!!


1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangka n lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak GEMUK. ummm patut pun aku tak gemuk, tapi setakat ni rasa macam 14 tahun sekali je wat gitu, huhu....

2. Rasulullah s.a.w mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit). aii ni kena wat ni kan, aku pun asyik sakit jerawat akhir2 ni, huhu.....

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa).Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan. oooo tapi pokoknya kena la semayang subuh dulu ye, ni tak subuh versi ayah gajah, pastu confirm lompat atas katil terus kan?kan? aiii insaf lah... (mcm ckp kat diri sendiri je rase, huhu..)

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama ayam. Di khuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandung ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita. aiii ni payah ni, mak masak kat rumah bukan ayam saja, ikan, ketam, sotong, karipap, udang galah yang besar amat, n sebagainya, kan? takpe lah, kita sama2 try la ye.... ( tapi aku kena campur jugak dengan budu rasenye, huhu...)


5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan kanan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari,



iaitu 10 kali ganda daripada yang terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) jilat jari tu, malu tak bertempat betol lah, ish apa nak jadi ni...ish3

p/s: ai mcm panjang plak, tukar tajuk lah, "nak kongsi banyak bleh???" huhu.. anyway sama2 doa lah moga2 hidup kita ni tak terkeluar daripada apa yang dah digariskan syara' kan, aaamiiiiinnnn

Friday, May 30, 2008

amy search pun dah best dah skang






















ni bahan ciplak from my emel....huhu...
tak sempat nak tulis, exam punya pasal...

Friday, May 23, 2008

salam buat semua


bacaan2 selepas ini mungkin tidak akan mampu untuk melempiaskan kepuasan diri kengkawan semua,( nak wat camne, nak menulis tak berapa nak reti, tapi harapnya semoga segala apa yang kecik dan tak signifikan di mata manusia tapi dibuat dengan niat baik , maka akan ada hikmah dan ganjaran Yang Maha Esa untuknya, aminn... moga Allah berkati hidupmu dan hidupku...aaamiiinn.....

Friday, May 16, 2008

sEmBahYanG pLaSTiK




Sembahyang plastic????ha??plastic punya versi semayang??


Wei biar betolll, ada ke pesen semayang gitu pulak ni??


Ajaran sesat versi mana pulak???eee sek2 puak2 ayah pin mane la ni wat statement gini ni….


Heheh itu le antara ape yang adik ambe, maaf, perlu diungkapkan sekali lagi rasanya, adik kesayangan saya,huhu, er bilamana perkataan itu diperdengarkan sebagai halwa telinganya di pagi indah nan bening itu...mak ai ayat, biasa la kan, dah dua tiga kali mengarang ni, hoho baru cikgu Sabri tau kemampuan aku bermadah puisi kata nan indah ni kan=)
Apa pun, sembahyang plastic yang aku cuba utarakan kali ni buat santapan bebola retina kawan2 semua bukanlah sepatutnya direaksikan sepertimana reaksi yang tertera di atas, huhu ke dah buat reaksi macam tu? Takpe, this is the time for rectifying that particular thing, heheh baca ye…
Suatu petang tu, tengah duduk2, duduk membaca, membaca benda yang berfaedah, berfaedah kerna nak midterm esok luse dah, ada la suatu suara yang menusuk masuk ke telinga nan dua ni… dengar punya dengar, best jugak, pasal penuh dengan lawak2 bermakna yang mampu meng’induce’ urat2 sarafku dan berakhir dengan getaran hebat peti suaraku meluahkan ketawa di bibir merah sikit2 ni… umm patut pun, Fauzan yang bernama penakan “Poje” tu pasang video ceramah ust Azhar rupenye… ai pasal memang dah tensyen pun baca UNGS ni yang takleh masuk2 pun kat cerebrum otakku ni, aku pun layan je lah dengar ceramah kan… emm dengar2, ketawa2, senyum2, insaf2, sampai la part kuperkatan kat awal2 tadi, semayang plastic!!
Apa sebenarnya semayang plastic ni Min? heheh
Satu perkara yang aku selalu jugak lakukan suatu masa dulu, ingat tak masa aku bercerita yang aku semayang pasal nak gameboy dulu tu? Ada sebelum ni aku dah tulis dah pasal tu..ha this particular semayang plastic ni kire seangkatan la jugak dengan yang tu….
Adapun diperkatakan oleh ustaz nan sorang tu, sesungguhnya kita ni bila semayang ni kira kita menghadap Allah le tau, menghadap raja yang sebenar-benarnya raja, menghadap Zat yang mencipta kita dari sekecik-kecik budak kecik sampai sebesar-besar Undertaker, menghadap our Lord yang memberi nikmat nafas sampai boleh hidup n tidur kat rumah, bukan kat kubur ( bukan kat kubur lagi maksud saya, moga Allah panjangkan umur kita dengan umur yang bermanfaat,aamiin) ,menghadap Tuhan nan satu yang memberi nikmat sihat sampai boleh bukak internet saat ni ni,
ai……….(Alhamdulillah kan? Boleh sebut Alhamdulillah tak sekali?bleh la ye, jom kita sebut sama2 –al ham du lil Lah.. – umm buleh doh pahala free2 kan=) )


tapi lah kan, walaubagaimanapun…..
trend orang skarang ni semayang tu semayang, tapi yang dihantar untuk menghadap tu kulit je, yang dihantar untuk menghadap tu body yang macam kambing pegi gym je, yang dihantar untuk menghadap tu mulut2 busuk dengan kuku2 yang dua puluh nam bulan tak kerat je (yaAllah betol ke ada orang gitu ye?- ish2, aku yang pemalas ni pun takde la sampai macam tu, huhu) ,dan isinya pulak kita bawak pegi Paris lah, bawak pegi kedai Mak Teh la beli kicap, bawak pegi dating la jumpe awek yang cun melecun macam bini Thaksin Shinawat la(huhu ye ke?-aku pun tak penah tengok bini dia, tu pasal sebut kat sini tu) , pasal ape? Pasal teringat kat semua2 tu, instead of teringat kat Allah yang sememangnya sepatutnya diingat time2 semayang ni….
Huhu maka kawan2, diistilahkan namanya semayang kita ni semayang plastic, luar je comey, luar je lawa, ye la mana tak nye, pakai baju Manchester united yang latest punya tu, yang Christiano Ronaldo dok tengah pakai tu, hoho hensem kan main, tapi dalamnya? Takde apa2, kosong , tak berisi, pasal isinya dah melencong atau ‘melancong’ ke tempat2 pelancongan sedunia, kan??jadi bilamana macam tu lah keadaannya, memang takleh dinafikan lah ke’plastik’an semayang kita tu kan? Pasal plastic tu dia buat dinding je, sarung je, atau orang klate dengan trengganu panggil ‘klosong’ je(atau kelongsong bahasa betulnya), dalamnya kosong untuk diisi dengan air atau benda2 lain, itulah gunanya bekas plastic, baldi plastic dan yang sewaktu dengannya, tapi untuk semayang yang plastic ni apa gunanya??
Jadi kat sini saya dah agak penat menaip, pasal pasni nak kena wat term paper pulak yang tak siap2 dari dulu lagi, namun apa yang saya, er aku nak highlight kan kat sini ialah “do we realize that we are having this sembahyang plastic for years???” or “ do we sure that we are completely safe from this plastically sembahyang???” u have to answer it and for the most important one , you ( and me) have and must have to triumph over it, why?? Please answer by yourself if you know we have to pray as a Muslim, thanks for read=)

p/s: peringatan buat diriku dan kengkawan, moga2 amalan solat kita diterima Allah bahkan menjadi sebab musabab keberadaan kita semua di dalam syurga kelak, insyaAllah=)

Friday, May 9, 2008

gameboy oh gameboy

"Ma, mana gameboy ore ah?" gumamku kat ibu tersayang.



kata2 itu tersembul keluar dari mulutku nan mulus ini(heheh) dek ketidaksetujuan abah menghadiahkanku gameboy yang kukira berhak untuk kuterimanya.


"gapo dio namo?gameboy?mugo gapo namo rima tu Min?, tak reti eh Ma", tukas ibuku menjawab persoalan pedas yang ku ajukan sebentar tadi.




sebenarnya perbualan itu tercetus ekoran ketidakpuashatian hatiku kerna abah tidak seperti abah si mamat itu pada hematku, kenapa tidak, abah mamat tu siap awal2 lagi beli gameboy bile anak dia sorang tu boleh nombor 10 dalam kelas, tapi aku? apa yang abah bagi?aiskrim paddle pop 70 sen kedai Mok We?Ish mana aci..........yang teruk lagi, aku ni boleh nombor satu, mana mungkin aiskrim je abah........



"Meney hok biso tu lah Ma, sain ore abah dio beli, padahal buleh nombor 10....eeee mana buleh abah tok beli ko ore..."



tadi baru tengok muka abah yang sedih tu, tapi aku buat donno (don't know) je..abah kata " eysh mugo tu mahal tu Min, abah nak ambik mana gak duit banyak kan main, pade la aiskrim tu, nati abah beli coklat hok sedap pulok deh..." ek eleh, ada ke nak bagi coklat pulak, orang nak gameboy la, baru le ada class, boleh le aku tayang kat bebudak tu, sesuai dengan nombor satuku ini, huhu....



"ish budak ni, bukan mahal ke tu? mana la abah nak beli, cekak nak beli dengan daun kayu?" Ma meneruskan hujahnya.



"aahhh, kan ore buleh nombor satu, cekak nak gameboy pun takleh, pah mana aci Ma...." ah aku balas punya.



"amiiiinnnn......" Ma tensyen.



"ok aloh berat ar gitu gak, padahal ore buleh nombor satu doh.." terdetik sedikit sedih tengok Ma tensyen, er tapi gameboy tetap gameboy.



"ok2, lo ni Ma nak tanya dulu, Amin maye dok Subuh?" Ma susun taktik alternatifnya.



"dok" jawab selamba je.



"Zohor?" tambah Ma.



"dok jugok" lagi selamba
"Asar?Ngoreik?Iso?" fuh bertubi-tubi.



"ok aloh ore nok gameboy ni Ma...." aku pulak tensyen gini ni.



"ok, kalu Amin nak gameboy, Amin maye dulu sume hok kena maye tu, pah abih maye, doa, mitok nga Allah nak gameboy, jange dok mitok nga Abah, Abah nok ambik mano gak mugo duit tige pat ratus..." Ma menyimpulkan katanya.



"haahh......mitok nga Allah??pah nok buleh kok mane?" eysh mana mungkin Ma.



"kalu Amin mitok sokmo gak, nati Allah nak wi la mugo tu tu, Allah pun wi duit ko Abah, pah Abah gi la beli ko Amin..." Ma jawab.



"eh iyo ko Ma?" huuhuu



Ma senyummmmm...............



itu lah antara apa yang terjadi kepada diriku, inginkan sesuatu yang secara rasionalnya yang dapat aku fikirkan setelah 'tuo ghedo' ni agak mustahil untuk Abah tunaikan berdasarkan aspek gajinya. namun apa pun, setelah itu aku terus solat semolek mungkin (menurut pemikiran seorang budak darjah satu lah) untuk mendapatkan gameboy itu (ai kalu lah semayang kita semua sekarang ni nak dapatkan sesuatu macam tu daripada Allah tak ubah le macam budak drjh satu kan? ish2), teringat lagi setiap kali nak solat, adik nan sorang tu ku ajak, kenapa? ni dia sebabnya "weh Iti, cepat la nak maye Zohor skali ni, pah Abah nak wi gameboy mun tau..." dan semestinya selepas itu kedengaran suara takbir yang bergema di rumah atap nan nostalgic tu,





hehe tak lain tak bukan agar Abah kesayangan dengar n perasan anaknya ni dah semayang, dah buat apa yang Abah n Ma suruh buat,huhu.....




tapi walau apa pun, sejarah hidup 20 tahun ni dah pun membuktikan realiti sebenarnya yang mana gameboy yang ku damba-dambakan tu tak dapat direalisasikan untuk digenggam oleh tangan yang pernah memegang kura-kura dan ikan haruan ini, sampai la ke hari ini....jadi, mana perginya kata2 Ma dulu yang kata Allah nak bagi duit kat Abah, buat beli gameboy?



hehe jangan risau Ma, jangan worry Abah, saya dah dapat jawapannya....


sesungguhnya hidup yang semakin lama semakin mematangkan kita kan? sekarang ni dau yang setiap apa yang berlaku itu ada hikmah di sebaliknya...mungkin kalau betul Abah belikan gameboy itu, aku tak akan berada kat UIA hari ni, aku tak dapat result UPSR, PMR, SPM, n termasuk jugak ujian2 bulanan,ataupun migguan, ataupun pop2 quiz,or even markah kerja2 rumah sebagaimana yang ku dah dapat sebelum ni( homework asyik dapat bintang tu dengan Cikgu Mahani dulu tu,hehe)...mungkin jugak aku ini dah jadi game addicted or even worse, addicted benda2 tah apa2 yang lain hasil kesinambungn game addicted time kecik, nauzubillahi min zalik.... dalam juzu' dua, Allah sebut " wa'asa an takrahu shai'an fahuwa khairul lakum wa'asa an tuhibbu syai'an fahuwa sharrul lakum, wa Allahu ya'lamu wa antum la ta'lamun" apa yan kita benci,mungkin sebenarnya baik n vice versa, seseungguhnya Allah tahu apa yang kamu tak tahu...........


apa pun, aku yakin tindakan Ma itu secara tak langsung dah merangsangkan semangatku nak sembahyang dan menetapkan keyakinan kat Allah dalam mengharapkan pertolongan dan tunjuk ajarNya dalam apa jua yang berlaku dalam hidupku (er hidup sahabat2 yang baca jugak lah ye maknanya)...dan untuk doa yang aku sentiasa panjatkan bersama adik kesayangan dulu tu kuyakin akan diambil kira oleh Allah juga, hadith Nabi ada sebut yang mana maksudnya lebih kurang macam ni


"janganlah kamu sangka yang bilamana doa mu tidak kesampaian Allah tidak mengabulkannya, sesungguhnya Allah yang menentukan sesuatu dan Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buatmu.."


huhu, tambh pulak cerita dalam Quran kan, pasal Nabi Musa dengan Nabi Harun yang sebut


" qod ujiibat da'watukuma fastaqiima wala tattabi'aannni sabilal lazina la ya'lamun",


ceritanya doa diorang Allah dah kabulkan (dalam menentang Firaun) tapi kemaharajalelaan Firaun itu hanya dimusnahkan selepas 40 TAHUN nabi berdoa... huhu aku ni sape nak gameboy cepat2?


sesungguhnya Allah tahu kenapa Firaun dimusnahkan selepas tempoh itu dan sesungguhnya Allah tahu akan apa yang terbaik buatku....... siapa tahu, suatu hari nanti di dalam syurga, di bawah pohon nan rendang, aku disapa seorang mamat pemilik gameboy yang satu itu, lalu dia bertanya kepadaku "wat gapo tu Min?" "ho mun mat, takdok eh, dok main gameboy ni ah.." hehe who knows right?? kan?kan?


semoga Allah masukkan kita ke dalam golongn makhluk yang diredhai-Nya untuk dimuatkan ke dalam syurga..aaamiiinnnn...........







p/s: sama2 ye kita berdoa untuk kebahagiaan kita dunia dan akhirat, n harapnya jangan sekali2 kita putus harapan dengan Allah, Allah sayang kita semua, aamiiinn....

(^_^)

assAlamuaLaiKum semua.....

sebenarnya saya ialah seorang yang tak reti nak menulis, tapi ada jugak lah tergerak hati nak "menerai" or dalam erti kata lain, nak mencuba lah sikit2... so harapnya kawan2 sumer boleh lah tolong dan bantu saya dalam mana saya nak try menulis dengan elok skit, moga2 tak lagi kena pulas telinga kat cikgu pasal tak pandai buat karangan, insyaAllah... ok pepehal pun, salam perkenalan 4 da good ukhuwwah among us... tq.. alhamdulillah syukur dah dapat tulis satu, ai ok lah tu kan? harap kalu yang ni pun tak kena, tolong maafkan n tolong le perbetulkan ye, tq sekali lagi=) assalamualaikum